Posted on , Updated On Leave a comment

Resipi Telur Bungkus Banjir Dalam dan Luar PKP | Mudah, Cepat, Sedap

Sharing Is Caring!

Telur Bungkus Banjir Dalam dan Luar!

Seperti yang dijanjikan! Hari ini sis nak share resipi yang sangatlah mudah…Anak-anak pasti suka kerana ia tidak pedas!

resipi telur bungkus banjir
Rupa Telur Bungkus Banjir yang dah Siap!

Bahan bahan

Kuah

2 ulas bawang putih dihiris nipis
1/2 bawang besar dihiris nipis
2 sudu sos cili
2 sudu soa tomato
1 sudu sos tiram
100gram ayam / satu mangkuk sederhana
1/2 batang karrot dipotong sederhana
2 tangkai cili besar dihiris sederhana
4 batang daun bawang dipotong sederhana
125ml air / 1 cawan air
1/2 sudu teh garam / secukup rasa

Telur

2 atau 4 biji telur (sy guna 4 nak tebal)
1/3 sudu teh garam (tak ada lagi sihat)

Cara memasak

Kuah Inti Telur Bungkus Banjir
Inilah inti kuah Telur Bungkus Banjir

Kuah

1.masukkan sedikit minyak panas
2.masukkan bawang putih dan bawang merah
3.tumis sehingga bawang naik harum
4.masukkan ayam, masak ayam tu
5.selepas ayam masak masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram
6.masukkan karot, daun bawang
7.masukkan sedikit air
8.reneh sebentar
9.masukkan garam

Telur

Telur untuk balut inti kuah resipi telur bungkus
Telur yang membalut inti kuah tadi
Resipi Telur Bungkus, Telur balutan
Telur Yang Siap Membalut Intinya

1.kacau telur
2.masukkan garam (terpulang)
3.panaskan api
4.masukkan minyak
5.masukkan telur, pusing kan kuali sampai tapak telur jadi besar
6.tunggu bahagian telur bawah itu masak ya.
7.lepas bahagian bawah dah masak masukkan inti tadi dengan sedikit kuah(jgn tuang semua kuah)
8.lipat telur tu
9.tutup api
10.pakai sarung penebat haba, letakkan pinggan di atas kuali
11.terbalikkan kuali supaya telur jatuh sempurna atas pinggan
12.tuangkan lebihan kuah atas telur tadi

Dah siap!!

Sesiapa yg berminat mencari makananan homemade boleh bershopping secara online di https://foodah.my

Selamat mencuba

Leave a Reply