Posted on , Updated On Leave a comment

Resepi Nasi Lemak Mudah | Express |

Sharing Is Caring!
Nasi Lemak
Bahan-bahan untuk masak Nasi Lemak dan Sambal ada yang lupa snap!

Resepi Nasi Lemak Mudah Express! Untuk 2-3 orang makan

Bahan-bahan

Nasi Lemak

– Beras biasa 1 1/2 cawan, dibasuh dan bilas
– Air untuk masak nasi 2 cawan
– 3 helai daun pandan dipotong
– 2 inci halia ditumbuk
– 1/2 Santan kotak
– 1/2 Sudu besar garam
– 3 Sudu besar minyak masak

Sambal Ikan Bilis

– Bawang merah besar 2 biji – dikisar
– 1 inci halia – dikisar
– 3 ulas bawang putih – dikisar
– 2 inci belacan di pecah-pecahkan
– 60gram Ikan bilis yang dibuang kepala perut dicuci bersih
– 7 sudu besar cili kisar
– 1 sudu besar asam jawa
– 5 sudu besar gula

Cara-cara memasak

Masak Nasi Lemak

1.    Basuh 1 1/2 cawan beras. Dibilas dan ditoskan. Biar dulu
2.    Buka periuk nasi, letak 2 cawan air masak
3.    Pastikan suis itu dah ditukar kepada “Cook” ya
4.    Masukkan 1/2 kotak santan
5.    Masukkan daun pandan, halia,
6.    Kacau-kacau, masukkan garam, masukkan minyak
7.    Kacau-kacau, biar acuan tadi menggelegak ya
8.    Lepas dan menggelegak, masukkan beras
9.    Kacau setiap 5 minit
10.  Lepas nasi dah masak tunggu dia cool down skit

 

Ok nasi dah siap! Nota kaki ya, setiap beras lain skit cara masaknya. Saya guna beras biasa aja.

Masak Sambal Ikan Bilis

1.   Masukkan minyak lebih skit
2.   Tumis semua bahan kisar untuk sambal
3.   Masukkan belacan
4.   Kacau-kacau, tumis sampai naik bau
5.   Masukkan cili kisar, tumis sampai pecah minyak
6.   Masukkan air asam jawa yang dah dicampurkan dengan 1 cawan air, biji dia tapis ya!
7.   Masukkan ikan bilis
8.   Masukkan gula
9.   Kacau-kacau dan biarkan ia masak seketika

Dah siap sambal! Saya tak letak garam ya sebab ikan bilis dah masin.

Nasi Lemak boleh dihidang ya, jangan lupa telur rebus & timun. Kalau nak lagi best goreng sedikit ikan bilis,kacang. Itu baru complete! Resepi ini kami merujuk kepada Sirap Limau dan kami ubah sedikit mengikut kesesuaian dan cara mudah~

Anda ada cara yang lebih best? jangan lupa buat #nasilemakchallenge di mana-mana social media platform~ Kongsikan resepi anda!! sama ada berbentuk tulisan, video, gambar~

Bagi yang mencari makananan Halal Homemade & Delivery boleh lawat website kami ya di https://foodah.my/ ! Area coverage sekitar KL & Selangor!

 

Leave a Reply