Posted on , Updated On Leave a comment

Resepi Ikan Singgang Kakak Ipar | Simple, Sihat, Tahan Lama

Sharing Is Caring!
Ikan Singgang
Bahan-bahan untuk masak Ikan SInggang Kakak Ipar

Resepi Ikan Singgang Kakak Ipar! Untuk 2-3 orang makan

Ikan Singgang ni memang dari kecik Sis makan. Resepi kalau Ganu ada pelbagai versi. Yang ni Versi Kakak Ipar Sis, simple sangat! Kalau versi kelantan macam2 letak budu lah hahah. memang lagi power tapi Sis dah biasa makan hok simple~

Yang Sis perasan kalau x letak bawang lauk ni akan tahan lebih lama~ Ikan Singgang memang sihat masakannya. Tiada minyak yang digunakan! Untuk dapatkan Ikan Singgang yang sedap ikan mestilah segar. Baru terangkat kemanisan ikan~

Kalau ikan tongkol kuat skit rasa dia lagi sedaplah. Element penting bagi Sis adalah kesegaran ikan dan cili padi haha. Cili padi buat kita rasa nak menambah nasi dek kepedasannya.

Bahan-bahan

2 inci lengkuas dipotong sederhana
1 inci kunyit hidup dihiris nipis
14 btg cili padi kecil
6 btg cili padi besar skit / cili besar pun boleh
2 keping asam ( try dulu letak satu. kalau kurang masam tambah lagi satu)
6 ekor / potongan besar ikan segar (boleh guna tongkol, kembung, selar kuning)
1 sudu teh garam
4 cawan air masak
 

Cara-cara memasak

1. Masukkan air
2. Masukkan lengkuas, kunyit, cili padi
3. Masukkan ikan
4. Masukkan asam keping
5. Kacau2
6. Reneh sampai ikan hampir masak
7. Tambah garam
8. Kacau2
9. Rebus sampai ikan masak
 
Dah siap! hidang dengan nasi! Makan dengan belacan atau sambal kicap pasti terangkat.

Anda ada cara yang lebih best? jangan lupa kongsikan resepi anda di mana-mana social media platform~  sama ada berbentuk tulisan, video, gambar~ kemudian tag kami di media social~

Bagi yang mencari makananan Halal Homemade & Delivery boleh lawat website kami ya di https://foodah.my/ ! Area coverage sekitar KL & Selangor!

 

 

Leave a Reply