Posted on , Updated On Leave a comment

Resepi Daging masak merah ala Thai (PKP)

Sharing Is Caring!
Daging masak merah ala Thai
Daging Masak Merah ala Thailand yang menjilat jari!

Daging Masak Merah ala-ala masakan Thailand untuk 2 orang makan

Bahan-bahan

Daging saiz sederhana 500 gram kebawah
1 sudu besar sirap sebagai pewarna
Minyak untuk menggoreng
6 helai daun purut, dicarik-carik
2 biji tomato dipotong empat setiap satu
1/2 bawang holland/bawang besar, hiris sederhana nipis
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1/2 karot dipotong stick
7 tangkai cili padi dipotong dua
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu sos ikan
1 sudu sos tiram

Cara memasak


a) Rebus dulu daging
-Daging dipotong dua,disapu dengan sirap rata,
-Letakkan daging, air dalam periuk sehingga tenggelam daging
-Rebus selama 1jam 15m dengan api perlahan

b) Goreng daging
– Setelah daging siap rebus dan lembut, keluarkan kan daging
– Air rebusan jgn dibuang
– Hiris daging menjadi kepingan sederhana, potong lawan arah urat. jangan nipis sangat. nanti masa goreng jadi keras.
-masukkan minyak untuk mengoreng
-goreng seketika sahaja, dalam 3-5 minit
-angkat daging

c) Penyediaan kuah merah
– gunakkan minyak goreng tadi tapi jgn byk sangat berminyak nanti ambil skit untuk tumis
-bawang holland tadi ambil separuh untuk ditumis, lebihan masuk nanti
-masuk bawang putih
-tumis hingga naik bau
-masukkan cili kisar
-tumis sampai minyak pecah
-masukkan carrot
-masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan, sos tiram
-masukkan garam secukup rasa (dalam 1 sudu teh)
-masukkan daging
-masukkan tomato, cili padi, lebihan bawang holland, tomato dan daun limau purut
-masukkan sedikit air rebusan dalam 1/2 or 1 cawan (ikut suka kepekatan)
-kacau rata dan masak sebentar.

Dah Siap!

Makan dengan telur mata memang terangkat. Selamat mencuba

Berminat untuk membeli makanan homemade? belilah di https://foodah.my

Leave a Reply