Posted on , Updated On Leave a comment

Resepi Bubur Kacang Hijau | Express, Mudah | 5 bahan aja!

Sharing Is Caring!

Bubur Kacang Hijau Express

bubur kacang hijau
Bubur Kacang Hijau

Bahan-bahan

  1. Satu cawan besar kacang hijau
  2. Satu kotak kecil santan (200 ml)
  3. Satu blok gula melaka (nak guna besar pun boleh, yang flat pun boleh adjust rasa gula nanti)
  4. 2 helai daun pandan diikat dan simpul
  5. Garam satu sudu teh
  6. Gula putih secukup rasa (dalam 5 sudu besar)

Cara-cara memasak

  1. Rendam kacang hijau ke dalam air masak semalaman supaya kacang tadi kembang. Gunakan dalam 2 cawan air masak. Tutup bekas dengan rapi. Selepas selesai, bilas dulu ya~
  2. Buka api dan letak periuk sederhana besar keatasnya
  3. Kemudian masukkan kacang hijau kedalam periuk, masukkan air masak secukupnya anggaran dalam 3-5 cawan besar,
  4. Masukkan daun pandan
  5. Masukkan gula melaka
  6. Masukkan garam
  7. Rebus ramuan tadi sehingga kacang lembut
  8. Masukkan santan
  9. Masukkan gula secukupnya (rasa ya, kalau terlebih manis sangat :D)
  10. Kacau rata
  11. Ok dah siap!

Tips! Kalau tak sempat nak rendam semalaman boleh rendam beberapa jam sebelum memasak, tapi masa rebus nanti kena lebihkan sedikit masa, yang penting kacang itu mesti lembut ya! Selain dari itu kalau ada sagu boleh masukkan juga dalam 1 cawan kecil, yang ini kena rendam dulu ya bagi dia kembang. tos dan baru masukkan. Selamat mencuba! Senang jer!

 

Leave a Reply