Posted on , Updated On Leave a comment

Resepi Ayam Masak Halia 3S | Simple, Sedap, Sihat

Sharing Is Caring!
ayam masak halia
Ayam Masak Halia
bahan ayam masak halia
Bahan-bahan untuk masak Ayam masak halia ada yang lupa snap!

Resepi Ayam Masak Halia! Untuk 3-4 orang makan

Aha, seperti yang dijanjikan. Masakan ini amat mudah!

Resepi Ayam Masak Halia 3S (Simple, Sedap, Sihat)
Sedap sangat dapat rasa kehangatan dari cili padi, black pepper dengan halia. Halia itu dipotong nipis jadi boleh makan terus zapp dalam mulut. Manisan daripada ayam pun turut dirasai.
 
Kenapa sihat? Sis guna minyak sikit jer lepas, ayam hanya isi lemak2 buang ya, dan penggunaan halia.
 
Halia baik untuk antiradang, antioksidan, mencegah kuman, kuatkan imunisasi, kurangkan berat badan (rasa kenyang lama, bakar lemak, tingkatkan metabolisma), bantu sistem hadam.

Bahan-bahan


2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang merah kecil dipotong nipis
5 tangkai cili padi dipotong sederhana
6 inci halia dihiris nipis stick style
1 biji tomato dipotong sederhana
1/2 bawang holland dipotong nipis
350-400gram isi ayam dipotong dadu
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh garam (ikut rasa)
2 cawan kecil air masak
 

Cara-cara memasak

1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang merah
3. Tumis cili padi
4. Gaulkan ayam tadi dengan tepung jagung
5. Goreng dan kacau ayam /stir fry sehingga separuh masak
6. Masukkan halia, tomato, bawang holland
7. kacau2
8. masukkan 1 cawan air dulu
9. kacau2
10. masukkan black pepper
11. masukkan sos tiram
12. kacau2 masukkan 1 cawan air lagi
13. masukkan garam
14. reneh sampai masak. ayam kalau dah masak takder warna pink2 ya!
 
Dah siap! hidang dengan nasi! Makan gitu pun sedap!

Anda ada cara yang lebih best? jangan lupa kongsikan resepi anda di mana-mana social media platform~  sama ada berbentuk tulisan, video, gambar~ kemudian tag kami di media social~

Bagi yang mencari makananan Halal Homemade & Delivery boleh lawat website kami ya di https://foodah.my/ ! Area coverage sekitar KL & Selangor!

 

 

Leave a Reply