Posted on , Updated On Leave a comment

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api | Pedas Berapi, Mudah |

Sharing Is Caring!

Ayam Masak Lemak Cili Api Berapi!

Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan

  • a) 1 kotak kecil santan (200 ml)
  • b) 1 batang serai diketuk-ketuk
  • c) 15 cili padi/kecil
  • d) 2 inci kunyit hidup
  • e) 1 keping Asam Keping / Gelugur
  • f) 2 helai daun kunyit, satu untuk masak, satu lagi untuk perhiasan
  • g) 1/2 ekor ayam
  • h) 1 cawan air masak
  • i) 1 sudu teh garam
  • j) 1 sudu besar gula
  •  

Cara-cara memasak

  1. Mula kita kena prepare bahan kisar ya. Kisarkan kunyit hidup dengan cili padi tadi. Kita refer resepi Che Nom tapi kami dah ubah sedikit lah. Resepi lain ada yang letak bawang besar, tapi kami tak letak ya. Lagi tahan lama~
  2. Ok lepas dah siap bahan kisar, kita boleh prepare ayam. Panaskan kuali, boleh letak sedikit minyak, tak letak pun tak apa..Kita nak kecutkan ayam tu kuarkan segala air. Letak ayam dalam kuali tadi dengan api perlahan, buat macam pan fry bagi nampak brownish, lepas tu kita boleh nampak air ayam keluar
  3. Tunggu seketika, dalam 5 minit. Kemudian toskan air dari kuali tadi
  4. Sekarang dalam kuali yang sama berisi ayam kita masukkan bahan kisar + serai diketuk
  5. Tumis seketika dalam masa 5 minit
  6. Ok lepas itu sediakan satu mangkuk untuk masukkan suku santan  dari kotak, kita campur dengan air masak satu cawan. Kacau-kacau dalam mangkuk, lepas itu baru masuk dalam kuali berisi ayam tu ya.
  7. Boleh masukkan asam keping
  8. Kacau rata ayam tu, tunggu seketika dalam 5 minit, biar ayam tu masak
  9. Lepas tu kita masukkan lebihan santan kotak tadi, part ni kena hati-hati ya, kita nak masak lemak kita cantik dan tak pecah minyak dan bergumpal jadi sentiasa kacau ya.
  10. Ok sekarang kita boleh ambil 1 helai daun kunyit, kita carik-carik  dia. Masuk dalam kuali.
  11. Masukkan garam dan gula kacau rata
  12. Kacau-kacau sampai ayam masak ya
  13. Rasa, pastikan rasa pedas tu cukup, masin, masam, manis ado ya!
  14. Dah siap!
  15. Untuk hiasan, kita ambil lah dalam 1 helai pendek daun kunyit. Hiris nipis dan tabur atas lauk kita tadi. Sis hiris tak halus sangat~ ha ha ha

Tips! Hati-hati dengan rasa masam dari asam keping / gelugor. Pastikan kita balance balik lauk lemak tadi! Saya cadangkan satu keping jer asam gelugor tu!

 

Bagi yang mencari makananan Halal Homemade & Delivery boleh lawat website kami ya di https://foodah.my/ ! Area coverage sekitar KL & Selangor!

 

Leave a Reply