Posted on , Updated On Leave a comment

Resepi Ayam Masak Buttermilk | Pedas Manja-Manja, Mudah, Express | 8 Bahan

Sharing Is Caring!

Ayam Masak Buttermilk!

Ayam Masak Buttermilk
Bahan-bahan untuk masak Ayam Buttermilk

Bahan-bahan

  • a) 1 tin susu cair
  • b) 2 batang daun kari
  • c) 6 cili padi/kecil dihiris halus
  • d) 1 kuib ayam
  • e) 1/3 butter dari butterlite
  • f) 3 biji bawang putih kecil dihiris halus
  • g) 1/2 ekor ayam
  • h) tepung untuk goreng ayam ( saya guna Adabi)
  •  

Cara-cara memasak

Goreng Ayam Dulu

  1.  Masukkan dalam dua cawan tepung goreng ayam Adabi kedalam mangkuk
  2.  Masukkan sedikit air sejuk/ais kedalam acuan dalam 1/2 cawan
  3.  Gaul acuan itu, boleh salut ayam dengan acuan itu
  4.  Kemudian goreng! Setiap side 10minit ya dengan api yang perlahan untuk dapatkan ayam yang ranggup dan masak penuh. Sis guna ayam biasa bukan bahagian isi. Kalau isi lagi cepat masak..
  5. Dah masak angkat2!

Buat Kuah Pula

  1. Panaskan kuali dengan butter, sis bubuh minyak skit tak nak kasi butter burnt
  2. Masukkan daun kari
  3. Tumis daun kari, bagi naik bau, garing skit
  4. Tumis bawang putih, bagi naik bau juga
  5. Masukkan cili padi tumis bagi pedas skit :D
  6. Masukkan susu cair
  7. Masukkan kuib ayam tu pecah-pecahkan nya
  8. Kacau-kacau
  9. Reneh sampai masak ya dalam (sis tak masuk garam gula sebab kiub tu dah ada rasa)

Tuang kuah atas ayam goreng tu!

Dah siap dah! Tuang jer kuah ayam atas goreng yum2.

Tips! Kalau nak bagi pekat boleh guna bancuhan tepung jagung ya! ini versi cair.

 

Bagi yang mencari makananan Halal Homemade & Delivery boleh lawat website kami ya di https://foodah.my/ ! Area coverage sekitar KL & Selangor!

 

Leave a Reply