Posted on , Updated On Leave a comment

Guna tools untuk check sejauh mana 10KM delivery radius dari kawasan anda

Sharing Is Caring!

Musim PKP banyak peraturan baharu diperkenalkan : 10KM delivery area radius

Seperti yang kita semua sedia maklum, Menteri Pertahanan Ismail Sabri bin Yaakob telah pun mengumumkan bahawa penghantaran delivery makanan oleh runner persendirian atau peniaga persendirian hanyalah dibenarkan dalam kawasan radius 10km.

Sebagai peniaga atau runner persendirian, amatlah penting bagi kita untuk memberi kerjasama kepada Kementerian Keselamatan Negara untuk akur pada perintah.

Hari ini saya nak berkongsi satu tools, yang boleh digunakkan untuk mengira jarak 10km ini dengan mudah.

Draw Circle Tool : Alat check jarak radius 10km dari satu kawasan

Draw Circle tool, merupakan satu tool yang boleh digunakkan secara percuma. Ia amatlah mudah untuk difahami. Semuga tools ini memudahkan kerja anda dalam memastikan kawasan delivery 10km ini jarak sejauh mana.

Anda juga boleh guna tools ini untuk check kawasan mana anda boleh keluar dan buat urusan :D (bagi pembeli / orang awam)

Cara-cara menggunakkan Draw Circle Tool

Draw Circle Tool. Alat / tool yang boleh digunakan untuk check jarak 10km dari kawasan anda dengan mudah dan pantas. Percuma pula tu :D
  1. Lawati laman https://www.mapdevelopers.com/draw-circle-tool.php
  2. Kemudian masukkan alamat/kawasan anda
  3. Masukkan jarak yang anda hendak ukur radius, untuk kali ini saya tunjukkan jarak sejauh 10km
  4. Tekan pada button “New Circle”
  5. Dah Siap! Itulah anggaran radius 10km dari kawasan anda.

Terima Kasih kerana meluangkan sedikit masa~ Kalau anda berminat untuk berniaga/membeli makanan homemade boleh membeli di Foodah menerusi Foodah Apps atau laman sesawang kami

Leave a Reply