Burger Besar Penumbuk dan Bertingkat-tingkat - Foodah
Home Blog Burger Besar Penumbuk dan Bertingkat-tingkat

Burger Besar Penumbuk dan Bertingkat-tingkat

Assalamualaikum semua! Apa khabar? Harap Sihat sejahtera.

Hari ini kita nak share tentang satu kedai vendor kita ini. Vendor Old Trafford Burger Delivery.

Alhamdulillah kita dah bekerjasama dengan Old Trafford sebelum foodah.my relaunch lagi. Masa itu kita tengah buat April 2019 promosi.

Yang kita suka tentang Old Trafford mereka sangat professional dan makanan dia pun sedap!

Kita paling suka menu chicken chop dia, dari segi serapan rempah tu memang tembus isi ayam. Cara dia goreng very well done dan tidak overcooked.

Hari ini kita nak share Menu-menu rare dari Old Trafford Burger Delivery ini yang besar penumbuk dan bertingkat-tingkat!

Burger titan Beef / Chicken 150gram

Kalau burger berat 150gram ini dia lebih kurang nasi sebesar penumbuk, mungkin sebab dia flat jadi nampak besar lagi lah. dan memang besar dari burger-burger normal. Burger ramly sekeping beratnya dalam 65g. Nampak tak beza maksudnya dari segi berat 3X lebih berat..

Kita rasa burger ni memang patut cuba. Anda senang je nak order kat foodah ni..click-click siap kami hantar ke rumah anda :D

Boleh guna link ini kalau nak order Burger titan chicken atau Burger titan beef atau Burger Titan Lamb

Triple Cheese Tower Burger

Triple Cheese Tower ini kalau nak sumbat mulut kecik memang tak muat macam ni...Tinggi betul. Boleh bayang ya semua dengan cheese dia pun ada 3 keping. Dia ada 2 Keping Ayam Chicken Chop. Ni kalau makan sekali memang kena puasa lah for the esok he he he. Tinggi Protein + Fat~

Tapi mestilah dalam hidup kita nak try kan? :D Kita nak #challenge ya, youls try burger ini, dia ada tower. Satu Triple Cheese Tower, lagi satu Triple Special Burger yang ini ada burger patty biasa tu lepas tu 3 kali layer telur!

Triple Special Tower Burger

Menara yang terakhir adalah Short Tower Burger. Dia ada chicken chop satu, dengan 2 keping burger daging biasa beserta cheese!

Short Tower Burger

Jadi semua burger ini memang menarik kan. Hah korunk boleh cuba, dekat foodah kita ada perkhidmatan food delivery. Untuk Old Trafford Burger ini kita boleh hantar dari area Bandar Sri Damansara dan sekitarnya. Kita boleh hantar jauh-jauh harga delivery pon naik lah :D

Kalau nak tengok menu-menu lain oleh Old Trafford Burger boleh lawati link ini.