Posted on , Updated On Leave a comment

5 Sebab kenapa Gambar Makanan Cantik & Jelas Mudah Di Jual

Sharing Is Caring!
Admin nak cerita sedikit tentang gambar makanan. Sering kali kita jual makanan online kita mungkin sibuk memasak/menyediakan makanan sehingga kita tergesa-gesa mengambil gambar makanan itu lalu menghasilkan satu gambar yang gelap, kabur, kurang jelas menjadi tatapan pelanggan kita / bakal pelanggan kita.

Contoh Gambar Yang Tidak Jelas

Contoh Gambar Nasi Lemak dari Google

Mari kita lihat apa masalah yang ada pada gambar Nasi Lemak ini~

❎ Gambar sedikit bergegar

❎ Tiada plating / penyusunan makanan yang kemas

❎ Gelap

❎ Tak nampak ikan bilis dalam sambal

❎ Telur itu lebih cantik kalau di belah dua dan disusun

 

 

Cuba bayangkan diri kita apabila hendak membeli sesuatu makanan, sudah pasti kita lebih tertarik makanan yang menpunyai gambar yang cantik atau sekurang-kurangnya jelas akan apa yang kita bakal dapat dengan membeli makanan tersebut.

 

Jikalau kita pergi ke kedai / pasar, kita mungkin lebih tertarik dengan makanan yang kita nampak atau bau makanan tersebut. Tapi untuk makanan online kita hanya boleh melihat gambar makanan.. Tidak kurang pula kita kena bersaing dengan penjual-penjual makanan yang lain.

Jadi kita kena ambil peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin. Iaitu berhenti seketika dan tangkap gambar makanan itu dengan baik! Untuk blog post akan datang, saya akan kongsikan tips ambil gambar yang jelas dan cantik~

 

Contoh Gambar yang Cantik dan Jelas

Contoh Gambar Nasi Lemak jelas ehsan dari https://kamikuatmakan.blogspot.com

Mari kita lihat apa yang kita boleh pelajari dari gambar di atas ini?

✅ Ada plating, Nasi Lemak dibentuk dengan baik dan kemas

✅ Jelas dapat nampak semua yang kita bakal dapat dengan membeli makanan ini. Telur, ikan bilis goreng, kacang goreng, timun, ayam rendang, sambal~

✅ Terang, lighting just cukup-cukup. Ini gambar indoor bukan studio. Kalau di studio lagi cantik ada proper lighting.

 

semperit tradisional
Contoh Gambar Cantik dan Jelas dari Seller kita menjual Semperit Tradisional https://foodah.my/shop/semperit-tradisional-resepi-3-generasi/

 

Mari kita lihat apa yang kita boleh pelajari dari gambar di atas ini?
 

✅ Penggunaan tekstil untuk menaikan lagi gambar

✅ Penggunaan piring cantik dan klasik sesuai dengan tema Semperit Tradisional

✅ Jelas sebiji-biji bagaimana rupa Semperit Tradisional

✅ Penggunaan prop manik-manik, batu,

 

Ok kita dah lihat gambar-gambar cantik dan jelas minimum seorang seller boleh snap untuk kegunaan social media posting hanya menggunakan telefon bimbit. Mari kita lihat pula gambar contoh gambar professional.

 

Gambar Biskut dari Pixabay

Mari kita lihat apa yang kita boleh pelajari dari gambar di atas ini

✅ Penggunaan alatan baking sebagai prop

✅ Nampak tepung gula dia berderai-derai very detail

✅ Penggunaan cahaya yang cukup

✅ Focus pada Biskut dan blur pada bahagian lain

 

Banyak lagi contoh-contoh gambar cantik dan jelas yang kita boleh amati dan pelajari daripadanya. Yang penting kita kena pastikan gambar makanan kita itu mestilah jelas, cantik(cuba yang terbaik boleh!), original bukan google / curi orang punya ya. Supaya pembeli mendapat makanan yang sama dengan gambar!

 

5 Sebab Kenapa Gambar Makanan Cantik & Jelas Mudah dijual

1. Menarik minat pembeli

Kajian mendapati bahawa lebih 80% orang membeli makanan dengan melihat gambar makanan yang cantik dan menarik

2. Memberi gambaran sebenar

Pembeli ingin melihat apa yang bakal diperoleh sekiranya mereka membeli makanan tersebut, gambar yang ditangkap harus memberi gambaran yang jelas. Tapi janganlah gambar jer cantik kan! bila beli ada yang terkurang sana sini!

3. Mampu bersaing

Tengoklah sehari berapa ribu atau ratus ribu gambar yang dibanjiri di Social Media! Dengan ada gambar yang jelas, cantik dan menarik kita
telah meningkatkan kebarangkalian gambar makanan kita akan diamati oleh pembeli / bakal pembeli~

4. Nampak Professional

Kalau ada bajet boleh upah jurugambar makanan yang boleh menghasilkan gambar yang cantik beserta prop, tekstil atau elemen-elemen natural
yang akan menaikkan lagi nilai sesuatu gambar makanan. Ini juga menunjukkan bahawa Seller seorang yang komited untuk memberikan
terbaik untuk produknya.Ini akan menambahkan lagi keyakinan pembeli untuk membeli makanan tersebut!

5. Mudah diingati

Apabila gambar kita cantik dan menarik pembeli akan ingat akan makanan kita. Pembeli mungkin akan saved gambar kita dan kemudian akan cari balik makanan kita itu :D

 

Cukuplah perkongsian buat kali ini, semuga bermanfaat untuk semua! Next blog post kita akan kongsikan pula bagaimana cara untuk menangkap gambar cantik dan jelas menggunakan sumber-sumber yang mudah didapati dan guna phone sahaja~

 

Bagi yang mencari jurugambar bajet boleh contact Omar ya di facebook!

Pasti puas hati dengan gambar yang diambil + edit dengan harga yang amat-amat berpatutan!

Pada yang mencari makanan Halal Homemade Delivery boleh lawati website kami di https://foodah.my untuk melihat menu & order!

Leave a Reply