Posted on , Updated On Leave a comment

5 Langkah Keselamatan Foodah dalam Membanteras Online Scammers

Sharing Is Caring!

1. Memastikan Seller / Penjual adalah Penjual yang benar bukan Scammer

Gambar oleh Tumisu dari Pixabay

Awal tahun 2020, pihak Foodah.my telah mengambil keputusan untuk membuka platform ini kepada semua peniaga secara 100% percuma.

Setelah platform ini dibuka kepada semua, amatlah penting bagi kami untuk memastikan bahawa peniaga di Foodah adalah perniaga yang betul bukannya scammers.

Sehubungan dengan itu setiap peniaga yang berdaftar di Foodah akan disaring terlebih dahulu. Segala maklumat perniagaan, kami akan menyemak kembali.

Kami juga akan menghubungi peniaga untuk bertanyakan beberapa soalan (Interview). Setelah mendapati seller adalah peniaga yang boleh dipercayai, barulah kami membenarkan seller tadi diterima oleh sistem dan boleh mula menjual.

2. Berjumpa dengan Seller face to face apabila ada kempen secara bersama

Gambar dari sedutan video Must Eat Malaysian Street Food | Malaysian Kebab | Melawati Kebab disunting oleh Foodah.my

Mana-mana Seller yang pernah berjumpa dengan Foodah secara langsung dalam menjalankan kempen usaha sama akan terus mendapat badge/lencana tanda “Verified” di profil kedai mereka dan juga pada setiap product listing mereka. Ini kerana pihak Foodah melihat sendiri kawasan perniagaan / kedai / rumah mereka dan komitmen dalam bekerjasama.

3. Memantau Seller dalam urusan perniagaan makanan di Foodah

Seller yang berjaya menyediakan makanan dengan baik dan tiada isu makanan tidak sampai kepada pelanggan tanpa sebarang sebab juga akan diberikan badge/lencana tanda “Verified”. Ini kerana Seller telah membuktikan kejujuran seller dengan berjayanya menyiapkan beberapa order di Foodah.

4. Memperkenalkan penggunaan lencana ‘Verified’ dalam sistem Foodah

Lencana Verified dipamerkan dalam setiap produk makanan di Foodah
Lencana Verified juga turut dipamerkan di Store Page Seller

Lencana diperkenalkan bagi memudahkan Buyer untuk berhati-hati dalam memilih penjual di Foodah. Lencana “Verified” akan diberikan kepada Seller yang berjaya memenuhi order di Foodah, atau Seller yang ada kerjasama dengan Foodah dalam mana-mana kempen yang Foodah jalankan.

Namun itu tidak bermakna Seller yang tidak mempunyai lencana “Verified” tidak boleh dipercayai. Ia hanya penanda aras bagi Buyer untuk lebih berhati-hati. Sekiranyanya Seller mempunyai prestasi yang baik Foodah akan berikan lencana “Verified” secepat mungkin.

5. Penggunaan ruangan Review dalam sistem Foodah

Reviews yang ditinggalkan oleh pembeli berdaftar di Foodah

Pembeli makanan di Foodah boleh meninggalkan review untuk berkongsi pengalaman mereka membeli makanan daripada Seller. Ini membantu pembeli-pembeli lain untuk membuat pernilaian terhadap Seller tersebut.

Dengan 5 langkah yang diambil oleh Foodah, kami akan sentiasa memperbaik pulih proses yang kami jalankan dari masa ke semasa. Kami berharap, Buyer menjadikan Foodah sebagai pilihan utama dalam membeli makanan homemade :D

Leave a Reply